SELAMAT DATANG...BLOG INI DIWUJUD KHAS UNTUK SUBJEK BMM 3105...TERIMA KASIH KERANA TELAH MENGUNJUNGI BLOG INI...

Monday, April 11, 2011

SINOPSIS

Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara online; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


KATA SENDI NAMA

Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.

Berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.

Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadap
untuk menunjukkan emosi dan sikap
  1. Adik sayang akan kucing
  2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
  3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.


bagi/untuk
untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.


dari
untuk menunjukkan tempat dan masa
  1.   Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.


daripada
untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan
  1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
  2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
  3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada murid-murid sekolah.


di
untuk tempat                                 
  1. Di dalam dompet itu ada wang.


dengan
untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat
  1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
  2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
  3. Adik menulis dengan pensel.
  4. Markah saya sama dengan markahnya.


hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu
  1. Dia bekerja hingga malam.
  2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.


ke
untuk tempat dan benda konkrit
  1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
  2. Cawan itu terhempas ke batu.


kepada
untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri
  1. Kes itu diserahkan kepada pihak polis.

oleh
untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter-
  1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
  2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.


pada
untuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu
  1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
  2. Novel itu ada pada Rahim.
  3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
  4. Serikaya itu disapukan pada roti.


sejak
untuk menyatakan makna suatu jangka masa
  1. Dia tidak makan sejak semalam.


seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain
  1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
  2. Badannya besar umpama ahli gusti.
  3. Hidungnya mancung bak seludang.


tentang
untuk menyatakan makna mengenai sesuatu
  1. Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.



Soalan :

Arahan          : Betulkan penggunaan kata sendi nama dalam ayat-ayat berikut.

1. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor di masa hadapan.
_________________________________________

2. Saya pulang di rumah pada pukul 6.00 petang.
_________________________________________

3. Setiap pagi Janaki bangun dari tidur pada pukul 6.30 pagi.
_________________________________________

4. Dia duduk bersila daripada waktu sesudah sembahyang Isyak sampailah menjelang dinihari.
_________________________________________

5. Aku memperkenalkan Ira padanya dengan perasaan bangga.
__________________________________________

6. Aku tidak takut . Rumah ini sudah cukup sesuai padaku.
__________________________________________ 

7. Sebenarnya, aku amat gembira mendengar puji-pujian tentang kejayaanku itu.
__________________________________________

8.Dia berjalan menuju ke arahku dan diikuti dengan dua orang wanita yang tidak kukenali.
__________________________________________

9. Remang fikiran lelaki tua itu berbaur akan keremangan senja.
__________________________________________

10. Aku menceritakan kepada Natasha terhadap apa-apa yang aku dengar daripada Khatimah.
__________________________________________





SKEMA JAWAPAN

Arahan          : Betulkan penggunaan kata sendi nama dalam ayat-ayat
                        berikut.


1. Saya bercita-cita menjadi seorang doktor pada masa hadapan.

2. Saya pulang ke rumah pada pukul 6.00 petang.

3. Setiap pagi Janaki bangun daripada tidur pada pukul 6.30 pagi.

4. Dia duduk bersila dari  waktu sesudah sembahyang Isya sampailah menjelang dinihari.

5. Aku memperkenalkan Ira kepadanya dengan perasaan bangga.
   
6. Aku tidak takut . Rumah ini sudah cukup sesuai bagiku.

7. Sebenarnya, aku amat gembira mendengar puji pujian terhadap kejayaanku itu.

 8.  Dia berjalan menuju ke arahku dan diikuti oleh dua orang wanita yang tidak kukenali.

 9. Remang fikiran lelaki tua itu berbaur dengan keremangan senja.

10.  Aku menceritakan kepada Natasha tentang apa-apa yang aku dengar daripada Khatimah.

0 comments:

Post a Comment



ShoutMix chat widget

MENGENAI BLOG INI...

BLOG INI DIKENDALIKAN OLEH MOHD HANIFF BIN MOHD SUHAIMI DARI OPSYEN 3PISMP BM/PJ/PSV UNTUK TUGASAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER....

ARKIB BLOG

  © Blogger template Noblarum by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP